21 November 2014

Nasihat buat Isteri solehah

Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi. Alhamdulillah ini adalah firt entry saya. Saya sangat2 tertarik dengan msg yg saya terima dari seorang sahabat dari group whatsapp saya. Dan saya suka nak berkongsi dengan semua ibu2 dan wanita di luar sana.saya abadikan message dalam blog saya semoga jadi peringatan untuk diri saya sendiri...Semoga usaha kecil ini memberi manfaat yang besar untuk semua. Semoga kita lebih berinspirasi untuk terus jadi orang yang hebat dan lebih bersemangat untuk berjuang... Amin...


Jom baca ...
________________________________________________________________________


KENAPA ALLAH MENYAMPAIKAN SALAM BUAT KHADIJAH?
Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. Kata Syeikh Tariq Jamil rah, tidak kurang daripada 200 tampal.
Ya Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, "Saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama". Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

________________________________________________________________________-

Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.


Maafkanlah kekurangan mereka ..kerana dunia ini bukan tempat tingal kita. Syurga tempat tinggal kita yang sebenar.


Jagalah solat awal waktu. walau apa pun terjadi. siapkan suami dengan anak lelaki ke masjid.


Jagalah aurat kerana Allah.Jaga aurat bukan kerana kita baik ...
Tapi ia perintah Allah. Biarlah dunia ini nak kata apa pun janji Allah saying kita.


Janganlah habiskan airmata di depan TV, untuk dunia..tapi gunakanlah air mata untuk redha ALLAH. untuk umat dan untuk selamat dari neraka


Sebagai ibu, persiapkanlah anak- anakmu dalam perjuangan agama.Pesanlah kepada anakmu:- "Wahai anakku Islam itu lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkan lah islam ini. korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia lebih dekat dengan Allah


Anak ialah Harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sedia mereka untuk menjadi Daie. hidupkan rumah dengan amalam dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. lebih nikmat dari segala galanya.rasa macam dalm syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk , tiada aircond dan kipas seperti rumah nabi SAW.


Janganlah korbankan anak kita dengan memberi sepenuhnya pada orang lain. berilah masa didik mereka.terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.


Mungkin anak itulah menjadi asbab dunia ini akan berubah. mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka. Mungkin mereka akan pegang panji islam di dunia dan dia akhirat dengan ribuan orang di belakang mereka.


takpelah dunia ini kita kurang sedikit, syurga semakin dekat..Dunia ini sekejap sahaja.


Wahai isteri solehah, kamulah harta yang paling bernilai,seluruh ini tidak boleh ganti tempat kamu...


Untuk isteri seperti kamu, tiada ucapan melainkan pasti, hanya Redha Allah dan syurga Firdaus tempat Kamu.


Terima Kasih

2 comments:

Nadia Syakila said...

Alhamdulillah.
Dah boleh baca !

Athirah Tieramiessyou said...

aik kenapa nadia tadi tak boleh baca eh?

© Afisya AR | Design By MaiGraphikDesign